KELABU ialah warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa 'kosong'.
Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.
JINGGA, yang terhampir dengan merah, ialah warna berkait rapat
dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Ia juga
dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya, berbanding warna-warna lain,
terdapat kesan positif dan juga negatif yang kuat pada warna jingga, di
mana warna jingga asli secara umumnya akan melahirkan rasa 'sangat suka'
atau 'sangat benci' pada seseorang. Warna tersebut mampu memberi kesan
yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya pada tema tradisional.
Pemilihannya untuk ruang dapur dan ruang makan boleh mewujudkan rasa
yang lebih selesa.
BIRU,
warna langit dan lautan, terkenal sebagai "warna kegemaran". Biru
mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat
popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat.
Banyak bilik tidur berwarna biru kerana
warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan,
kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara
global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah
untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru
selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna 'bersih'. Jadi ia
sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi,
penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan. Akmida Furniture & Home Acc Sdn. Bhd.
— feeling excited.
Subscribe to:
Posts (Atom)